Tuesday, 14 October 2014

Bahan Pembelajaran dan Pengajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi KSSR

Modul PdP TMK Tahun 5

MODUL 6: PENCARIAN MAKLUMAT, EMEL & CLOUD

A) PENCARIAN MAKLUMAT

6.1) Kaedah pencarian maklumat

>>> Strategi pencarian maklumat.


  • Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.


Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.      Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.



2.      Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.  Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.

 




3.      Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.





4.      Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.




5.      Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
     Pangkasan (truncation)    -     kegiatan  »»»  giat
     Berfrasa                            -     jati diri
     Wild card                           -     *giat* »»»  kegiatan, penggiat, plagiat
     Operator Boolean             -     AND, OR, NOT
     Kombinasi pangkasan dan Boolean
     Nesting                              -     (murid OR pelajar) AND “jati diri

Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.




No comments:

Post a Comment